Sunday, November 27, 2016

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Assalamualaikum.

Semalam sabtu gigih bawak adam tengok upin ipin.

Kami tengok kat MBO setapak sentral.

Review aku - bolehla.

Boleh tengok sekali je la.nak ulang dua tiga kali memang x.adam pon boring dalam wayang. Siap mintak nk main hanfon.

Cerita upin ipin tapi bukan setiap masa ada upin ipin nya...

Macam cerita junglebook,3 kali kami tengok wayang...adam sendiri ajak tengok wayang nk tgk tiger,orang utan,bear...

Yang upin ipin ni dia mintak hanpon kita pulak nk main game lam wayang...hehehehhe

Korang pergi la tengok...

Bagi ak best tang awie je..awie kan..konpomla lawak...ini semua poyo..hehehehe

Aku hapdet kt henfon ni..xfeel pulak..hapdet sambil tengok gegar vaganza..

Tahniah elly mazlein dapat handbag LV...tapi apahal la fan artis lain nak boo pulak kan..xfaham la konsep taksub korang ni...

Nak sokong,sokong je la..xyah la nk kondem2 orang....jangan busuk hati sgt weh...xminat dah la..yg nk di boo boo napa...

Tekena kt batang idung sendiri baru tau..

Tok malam ni, Nora tersingkir. Haiii aku suka sangat dengan suara Nora...xsangka terkeluar pulak Nora malam ni...

Sekian...

Mana yang nak booking candy buffet tu, meh la contact kami 013 3328038

#sayabukanteamellymazlein
#tapisayaxkondembeliau
#sayateamkondakondi
#upinipinjengjengjeng
#gegarvaganza


Wednesday, November 23, 2016

Isu Remeh! Tapi Diperbesarkan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..Dah Rabu dah hari ni. kejap je kan...

So lately ni kan memang banyak isu-isu remeh temeh yang terlampau diperbesarkan oleh netizen di Facebook...

Bagi aku isu ni terlalu remeh..

Tapi bukan pada warga Facebook yang ala-ala keyboard warrior...Dekat depan handphone/komputer dia punya ayat macamkan ada pangkat Doktor Falsafah walhal ko sebenarnya xlebih and xkurang macam orang yang ko kutuk tu....

Geram sungguh ak kadang-kadang baca komen-komen negatif ni...

Rileks la wehhh xyah la nak emosi sangat...

Jangan jaga tepi kain orang...Jaga tepi kain sendiri jer...Dah jaga tepi kain sendiri, jaga tepi kain sedara-mara sendiri pulak...Jangan nak kecoh-kecoh kan dengan orang yang langsung xbersangkut paut ngan ko tu...Yang lagi tragis, dia punya nasihat seakan mengaibkan...Wahhhhh lepas tu boleh pulak tulis pendapat 20sen dia..Puihhhh...

Wahhhh ni mau kena kecam pulak post aku yang ni...

Kahkahkah!

Meh sini kita mengimbau sikit isu-isu sejak dua tiga menjak ni.

1. Elly Mazlein
Yang ni kecoh ok pasal peminat, pasal Tok Ram, pasal Fara Fauzana...Haihhh bagi aku xde benda pon...tengok je la Gegar Vaganza tu diam-diam...Enjoy je ok! Korang xpayah nak kecam sana sini,wat rugi pahala ajer..yang buat untung tetap ASTRO jugak!

2. Parents xpuas hati anak duduk dekat Jalan Tar!
Yang ni aku xpasti betol ke idok ataupon tajuk itu sendiri diputar belitkan untuk nampak  menarik! Lagi sekali, xpayah nak emosi, xpyh nak bandingkan zaman dulu ko duduk atas pelepah pisang, zaman dulu ko pakai lampu gasolin..TAK PAYAH. Cukuplah dengan komen nasihat yang positif dan bukan dengan nasihat yang seakan memaki/mengaibkan si parents itu.

3. Culik bayi berusia 5 hari
Ini yang paling latest. Kes culik bayi berusia 5 hari dan syukur Alhamdulillah bayi selamat dipulangkan kembali ke pangkuan ibu dan bapa...But again, terlampau banyak netizen yang mencemuh,menghina,malah mendokan yang tidak elok kepada si penculik. Allahuakbar..Kita pon tahu kes culik ni bukan nya sindiket jualan organ..Si Penculik terlampau inginkan anak. Tapi salah tetap salah..Hukuman memang perlu.Cuma janganlah sampai mendoakan perkara yang xbaik...Cukuplah mendoakan semoga si pelaku insaf..Ingat yer.jangan mendoakan perkara yang xbaik dan jangan mengaibkan orang.

Nanti ada masa aku hapdet.

Ingat yer, ini hanya pendapat aku.Bukan pendapat 20 sen tapi pendapat satu hengget aku.mihmihmih



Monday, November 21, 2016

Pakej Candy Buffet 2016! Jom cepat booking dengan candy buffet cikbunga

Assalamualaikum...Haaa kejap je dah nak hujung tahun kan..ramai kan yang nak buat majlis..segala mala jenis majlis...jom booking candy buffet dengan cikbunga ataupon cikpuanfairul..orang yang sama jek pon.kahkah!






Nak tahu harga pakej, nak tahu segala info pasal candy buffet, mai la wassap 013 3328038

013 3328038
013 3328038
013 3328038
013 3328038

Haaaa jangan lupa wassap yer..Pakej candy buffet bermula dari RM300..
Friday, November 18, 2016

Alhamdulillah! Jumaat sudah

Assalamualaikum!

Pejam celik pejam celik udah Jumaat dah pon...

Minggu ni xkemana.. Terima kasih banyak banyak kat Bersih 5.0...Menyusahkan dan menyusahkan...Jalan banyak ditutup....Allahuakabar..Tahu x mana yang menjalankan perkahwinan di area yang mungkin jalan ditutup ni, sebabkan keputusan bodoh anda, mereka semua turut terasa kesannya...

Betul-betul meyusahkan orang...

Hidup susah salah kan kerajaan...Diri sendiri xsalah...sebenarnya salah tu dekat diri sendiri...

Tak perlu cakap lebih...Nanti ada pulak reader cikpuanfairul sentap kang...kihkihkih

Tapi ini pendapat tuan belog ajer...Bersih 5.0 betul2 menyusahkan..Untuk aku yang perlu ke Jalan Tar untuk beli perkakas hiasan bunga..hanya esok dan ahad sahajalah masa yang aku ada..bile dah jadi macam ni terpaksa pergi hari ahad...itu pon xtahu lah kalau hari ahada dah ada jalan yang bukak area sana...

kalau x bukak, terpaksa la beli bunga di shopping mall sahaja...mahal pon mahal lah..

Again- terima kasih lah dekat Bersih 5.0...

Kerana anda, peniaga2 kecil dan juga peniaga pasar malam di Jalan Tar turut terjejas...

Ramai yang turut terjejas...

Terjejas dari segi wang ringgit, dari segi komitmen kerja dan dari segi keperluan membeli barang di area sana...

Terima Kasih BERSIH 5.0


..........................................................................................


Wauu mukaddimah melalut sungguh, asalnya nak bercerita cepatnya masa berlalu..penyudahnya smpai ke Bersih 5.0...kahkahkah

Cuti sekolah nak dekat ni, aku dah mula godek godek Booking.com.my ni...apesal semo rate mencanak2 naik ni weh....padahal dok sakan berdemo kos sara hidup tinggi...yang pergi bercuti pon boleh tahan ramai jugak ni....

jangan cakap la kalo ade sale kan!!!Haaaa sapa pegi Padini Concept Store punya sale 3 hari tu..aku pergi weh...sakan beli baju Adam...dah setel pilih,mak aiiiii dia punya beratorrrrr jangan cakap le panjangnya.......ada yang siap selfie time tengah beratur tu.....wauuu banyak pulak duet korang kannn.....

Sekian tazkirah jumaat aku...

kot rajin nanti aku hapdet yer..

Apa pon pucuk pangkalnya bersyukur dengan apa yang kita ada...

Jangan mengeluh dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita..Mana yang rezeki bukan pada duet, insyallah rezeki anda pada yang lain..Mungkin rezeki dikurniakan kesihatan, mungkin rezeki dikurniakan anak, mungkin juga rezeki dapat majikan yang baik...Rezeki xdatang dalam bentuk duet ye..Ingat tu....

Buat masa sekarang ni, aku berdoa rezeki aku untuk dikurniakan anak lagi..untuk rasa nikmatnya mengandung lagi sekali...doa kan la yer semoga dipermudahkan....


Assalamualaikum.....


Tuesday, November 15, 2016

Lamanya tak bebel sini

Assalamualaikum.

Hari ni alhamdulillah lapang sikit...bukan lah lapang sebenarnya, cuma keje tu belom sampai lagi...

Xde idea nak bebel apa...cuma lately ni kan aku malas sungguh nak g keje..macam ada setan pulak yang dok pegang kaki ni nk g opis...tapi kalo bab candy buffet memang teruja giler...betol la orang kabo..kita kalo buat benda yang kita suka, kita rasa seronok...cuma nya candy buffet ni terhad aku cuma boleh ambil time weekend je...banyak jugaklah job yang aku tolak, ada yang order from company nak buat majlis itu ini, ada yang order dari parents nak buat birthday party kat kindergarten, kt school.

Sadly semua kena tolak due to kerja....

Haihhhhh....

Nak kabo ke adik2 SPM, nnti dah habes SPM cari bidang yang korang suka. Yang korang ada Passion dalam bidang tu...bila PASSION tu ada, dari situlah datang nya keikhlasan, kegembiraan dalam pekerjaan...

So blogger blogger yang ada nak buat birthday party anak-anak, boleh la follow instagram aku..xpon follow FB candy buffet aku...

Boleh follow instagram CIKBUNGA.IG

klik SINI




Nak lagi cepat, korang wassap je ye...


013 3328038
013 3328038
013 3328038

Moh cepat booking candy buffet.

#candybuffetmurah
#candybuffetbajet
#pakejcandybuffetmalaysia
#pakejcandybuffet
#candybuffetkl
#candybuffetselangor

Monday, November 14, 2016

Bincangkan!!!Tiada ruang mengepam di pejabat punca susu merundum?

Assalamualaikum. Wah tajuk tu macam mengundang dikecam aje kan...Tapi hakikatnya itulah pengalaman aku sendiri. Ingat yer. Ini pengalaman aku sendiri. Waktu yang terhad dari pukul 1 hingga 2 terlalu suntuk. Untuk pam susu, untuk solat dan untuk makan tengah hari.Terlalu suntuk untuk aku. Moh baca sikit artikel dari Anmum.


IBU-IBU YANG BEKERJA BERSUARA TENTANG KEBIMBANGAN DI TEMPAT KERJA
Hasil kaji selidik terbaharu beri penyelesaian untuk membantu para ibu menyeimbangkan kerja dan kehidupan selepas tempoh berpantang

Kuala Lumpur, 2 November 2016 – Sasaran negara bagi Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita (FLPR) iaitu sebanyak 59% pada 2020 dan sasaran sebanyak 30% untuk peranan wanita dalam membuat keputusan untuk sektor korporat menjelang 2016 jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk mengekalkan dan memperkasa wanita supaya terus kekal bekerja. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan wanita berhenti berkerja, namun sebab utama yang dinyatakan oleh 65% wanita Malaysia yang berhenti bekerja adalah untuk menjaga anak mereka.

Sebagai satu-satunya jenama tenusu yang menghasilkan produk khas untuk ibu-ibu yang menyusu, Anmum™ Lacta ingin menyokong para ibu sepanjang perjalanan mereka sebagai seorang ibu; salah satunya ketika mereka mengalami kesukaran mencari keseimbangan apabila kembali bekerja selepas berpantang sambil perlu menyusukan anak. Atas sebab itu, jenama ini ingin memahami bagaimana mereka boleh membantu mencari penyelesaian agar lebih ramai wanita yang baru bersalin dapat terus bekerja. Oleh itu, Kaji Selidik MummyTime telah dijalankan dengan lebih 360 ibu-ibu yang bekerja di Malaysia.

Hasil kaji selidik ini menunjukkan bahawa 79% ibu-ibu di Malaysia  tidak berpuas hati dengan sokongan dan kemudahan yang disediakan oleh majikan mereka apabila mereka kembali bekerja selepas melahirkan anak.

Para ibu yang menyertai kaji selidik ini turut menjelaskan beberapa penyelesaian yang boleh membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih mudah apabila kembali bekerja. Antaranya adalah aturan kerja fleksibel, subsidi bersalin dan penjagaan anak, cuti bersalin tambahandan kemudahan di tempat kerja yang paling mereka perlukan, iaitu bilik menyusu.

Tambahan lagi, hasil kaji selidik ini turut menunjukkan hanya 1 daripada 4 wanita mempunyai bilik menyusu di tempat kerja; hal ini menyebabkan ibu-ibu terpaksa menggunakan ruang awam seperti bilik mesyuarat, kubikel kerja malah tandas untuk menghasilkan susu badan, sementara 83% ibu menyatakan sekiranya ada kemudahan  bilik menyusu di tempat kerja, produktiviti kerja mereka akan meningkat sebanyak 50% atau lebih.

Bagi menyokong ibu yang bekerja dan sedang menyusu, Anmum™ Lacta melancarkan kempen dengan menaja bilik menyusu dengan kelengkapan penuh di organisasi tertentu, dengan objektif untuk menggalakkan majikan agar memberikan sokongan serupa kepada para ibu yang kembali bekerja selepas bersalin.

Kempen ini disokong oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), yang turut mempunyai fokus untuk meningkatkan tenaga pekerja wanita di Malaysia. Salah satu cara TalentCorp meneruskan fokus mereka bagi membantu wanita yang bekerja ialah menerusi kerjasama dengan majikan dalam menyediakan aturan kerja yang lebih fleksibel dan kemudahan-kemudahan di tempat kerja yang lebih mesra-ibu bapa seperti bilik menyusu. Selain itu,  mereka turut memperkenalkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja, cuti bersalin tambahan, cuti paterniti, rangkaian sokongan ibu bapa dan juga subsidi.

"Sebagai jenama yang percaya bahawa ibu memainkan peranan penting dalam perkembangan anaknya, kami terkejut apabila mengetahui yang kebanyakan ibu berasa mereka tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada majikan - terutamanya apabila mereka kembali bekerja setelah melahirkan anak," kata Jose Miguel Porraz, Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia. "Sememangnya kami berasa sangat teruja kerana mendapat sokongan daripada TalentCorp. Dengan sokongan mereka, kami berharap dapat menyediakan bilik menyusu yang ideal untuk kegunaan ibu-ibu yang bekerja di pejabat-pejabat seluruh Malaysia. Kami berharap ia dapat membantu ibu-ibu yang kembali bekerja selepas bersalin menyesuaikan diri dengan lebih baik, bukan saja dari segi nutrisi tetapi juga dengan kemudahan dan sistem sokongan yang mereka perlukan," tambahnya lagi.

Daripada kajian dan maklum balas yang diterima daripada para ibu tentang bilik menyusu yang ideal, setiap bilik menyusu yang ditaja oleh Anmum™ Lacta direka sebagai garis panduan untuk syarikat-syarikat yang berhasrat untuk menyediakan bilik menyusu di pejabat mereka. Bilik tersebut akan menyediakan kemudahan seperti peti sejuk dan tempat sejuk beku, kerusi selesa, cermin dan meja untuk ibu menyusu. Bilik menyusu ini juga akan menyediakan bahan pendidikan untuk membimbing ibu-ibu baharu seperti panduan nutrisi, kesihatan serta kecergasan untuk ibu-ibu menyusu bagi mengamalkan diet seimbang dengan nutrien yang mencukupi.

Lebih 85% ibu-ibu di Malaysia yang menyertai kaji selidik Mummy Time bersetuju yang persekitaran senyap dan relaks penting untuk memenuhi keperluan emosional ketika menyusu dan mendapatkan susu badan yang optimal. Justeru itu, bilik menyusu Anmum™ Lacta berperanan sebagai ruang peribadi yang membolehkan mereka menghasilkan susu badan dalam suasana yang tenang. Inisiatif ini akan menjadikan para ibu berasa lebih dihargai oleh majikan, pihak pengurusan dan rakan sekerja apabila mereka kembali bekerja selepas cuti bersalin.

"Kami berbesar hati dapat menyokong inisiatif oleh Anmum™ Lacta ini yang dapat membantu majikan-majikan di Malaysia mengekalkan pekerja wanita mereka. Sebuah bilik menyusu dengan kemudahan lengkap tidak memerlukan ruangan besar dan pelaburan yang tinggi, tetapi ia menyampaikan mesej penting iaitu majikan menghargai pekerja mereka dan memahami cabaran yang dihadapi oleh para ibu untuk menyeimbangkan tanggungjawab di antara keluarga dan kerja, tanpa perlu mengorbankan salah satu daripadanya," kata Shareen Shariza Dato' Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp.

Selain daripada penajaan bilik menyusu, Anmum™ Lacta sedang bekerjasama dengan TalentCorp untuk menyediakan panduan untuk bilik menyusu ideal yang boleh digunakan oleh organisasi-organisani lain sebagai panduan apabila ingin membina bilik menyusu di ruang pejabat mereka.

Sebagai satu-satunya jenama tenusu yang mengeluarkan produk khusus untuk ibu menyusu, Anmum™ Lacta mengandungi DHA dan Nuelipid™ dengan kandungan GA® yang lebih tinggi. Dengan dua gelas setiap hari, para ibu akan memperoleh 100% asid folik, besi, kalsium dan vitamin-vitamin B1, B2, B6 dan B12 untuk ibu menyusu yang disarankan setiap hari. Anmum™ Lacta diformulasikan untuk menyokong keperluan nutrisi ibu menyusu dengan membantu memastikan simpanan susu mencukupi selepas bersalin.

Anmum™ Lacta boleh didapati di peruncit-peruncit utama seluruh negara dan terdapat dalam dua saiz - 350gm berharga RM 24.80 dan 650gm berharga RM 42.00. Untuk lebih maklumat lanjut tentang Anmum™ Lacta, layari http://www.anmum.com.my/ atau daftar sebagai komuniti Connected Mums Club di Facebook untuk mendapatkan nasihat PERCUMA dan sokongan daripada pakar-pakar sepanjang perjalanan sebagai ibu.





#anmumlacta
#anmummalaysia

Monday, November 7, 2016

Review Candy Buffet lagi dan lagi

Assalamualaikum semua.

Tudiaaaaa jatuh menjunam gedebuk traffic blog kitew..bizi giler weh mana nak hapdet belog, mana nk buat kerja lagi, mana nk buat candy buffet lagi....

Moh usha gambar latest candy buffet sabtu lepas dekat Batang Kali...Korang kalau berminat boleh wassap yer 013 3328038..  Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh Follow Instagram @CIKBUNGA.IG atau meh add aku kat Facebook FSA BUMI.





#candybuffetkl
#candybuffetbajet
#candybuffetselangor
#candybuffetmurahmalaysia